Demographic Segmentation

Apa itu Demographic Segmentation? Kunci Keberkesanan Strategi Pemasaran

Demographic Segmentation merupakan kaedah untuk membahagi-bahagikan pasaran berdasarkan faktor tertentu seperti umur, jantina, pendapatan dan sebagainya.

Segmentasi ini membantu kita dalam memahami tingkah laku (consumer behavior) dengan lebih tepat lagi.

Demographic segmentation ini penting dalam market research sama ada untuk melancarkan produk baru dan membuat perubahan produk. Aspek ini penting untuk membantu sesuatu perniagaan bersaing dengan pesaing mereka.

Isi Kandungan

Jenis Demographic Segmentation

Dalam Demographic segmentation, terdapat beberapa aspek (variables)

  1.  Umur
  2. Jantina
  3. Pendapatan

1) Umur

Setiap umur dikelaskan mengikut kumpulan generasi yang berbeza. Kumpulan generasi merujuk kepada kumpulan orang yang dilahirkan dalam era yang sama dan membesar dengan pengalaman yang serupa.

Contoh:

Demographic Segmentation
  • Baby Boomer — Mereka yang lahir pada tahun 1946 sehingga 1964.
  • Generasi X — Mereka yang lahir pada tahun 1965 sehingga 1981

Dua generasi ini mempunyai ciri-ciri dan pemikiran yang berlainan. Sebab itu, mereka dikelaskan dalam kumpulan generasi yang berbeza.

2) Jantina

demographic segmentation

Lelaki dan Perempuan mempunyai penerimaan dan pemahaman yang berbeza dalam sesuatu perkara.

Sebab itu, ada organisasi yang menghasilkan produk khusus mengikut jantina.

Contoh dari segi wangian, pakaian, kasut dan kereta juga ada spesifikasi yang berbeza. Penghasilan produk ini dihasilkan mengikut keperluan khusus mengikut jantina.

3) Pendapatan

Pendapatan merupakan aspek yang penting untuk menentukkan harga sesuatu produk. Kebanyakan pengeluar mengambil kira Demographic Segmentation ketika menetapkan harga barangan.

demographic segmentation

Contoh, organisasi menyasarkan kumpulan yang berpendapatan tinggi dalam masyarakat.

Barangan seperti kereta, teknologi, pakaian dihasilkan khusus untuk segmen ini sebab kumpulan pendapatan ini mengutamakan kemewahan.

Kepentingan Demographic Segmentation

Demographic Segmentation

Demographic segmentation sangat penting dalam membantu kita dalam mendapatkan potential consumer dengan lebih mudah. Kita boleh menyesuaikan cara pemasaran kita mengikut jenis audiens melalui marketing segmentation yang disasarkan.

Melalui marketing segmentation yang tepat, kita boleh meningkatkan jualan dan keuntungan yang diperoleh lebih tinggi. Demographic Segmentation membantu kita mengelaskan individu yang betul dalam kumpulan sasaran yang tepat.

Kelebihan dan Kekurangan Demographic Segmentation

Berikut adalah kelebihan dan kekurangan Demographic Segmentation.

Kelebihan Demographic Segmentation

demographic segmentation

1) Mudah diakses dan didapati data penyelidikan
2) Membantu mengenalpasti pasaran sasaran
3) Membantu dalam penghasilan strategi pemasaran yang lebih baik

Kekurangan Demographic Segmentation

1) Andaian (Assumptions)
2) Perubahan yang berterusan (Constant changes)

1) Andaian (Assumptions)

Segmentation ini berasakan andaian. Dalam Demographic Segmention ini akan membuat andaian bahawa setiap pengguna dalam kumpulan demografi yang sama akan mempunyai keperluan yang serupa.

Demographic Segmentation

Contoh
Tidak semua orang yang berumur 30-an mempunyai keperluan yang sama dalam membeli telefon bimbit.

Sesetengah mungkin menginginkan kamera dengan resolusi tinggi. Mungkin ada yang memerlukan keupayaan penyimpanan data yang lebih besar.

Atau inginkan telefon bimbit yang mempunyai pembesar suara yang lebih baik, dan sebagainya.

2) Perubahan yang berterusan (Constant changes)

Tingkah laku setiap manusia tidak pernah tetap. Dalam Marketing, kita tidak boleh menggunakan maklumat yang sama untuk bertahun-tahun. Ini kerana populasi dan tingkah laku sentiasa berubah. Maklumat ini perlu dikumpul secara berterusan untuk mendapatkan senario sebenar.

Sumber Rujukan dan Kredit: questionpro

Ikuti blog-blog ini untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan:-

Related Posts

Hi, how can I help you?