Inflasi

Apa Itu Inflasi? Ketahui 4 Faktor Berlakunya Inflasi

Inflasi bukanlah sesuatu yang asing bagi kita pada ketika ini. Malah, inflasi merupakan sesuatu yang kita tak nampak tetapi kita sentiasa dapat merasai dan melaluinya.

Kalau 10 tahun dulu, harga sebungkus nasi lemak baru 50 sen. Tapi hari ini nak cari sebungkus nasi lemak dengan harga RM1 pun susah kan? Dulu dengan duit RM50 boleh penuh satu troli kita shopping, hari ini dengan duit RM50 yang sama berapa je barang kita dapat beli.

Inflasi

Disebabkan inflasi, NILAI duit yang kita pegang akan semakin MENGECIL. Tapi apa sebenarnya Inflasi ini? Blog kalini akan menerangkan tentang Inflasi dan faktor berlakunya Inflasi.

Artikel Berkaitan: Inflasi Malaysia: Kesan Inflasi Terhadap Negara

Apa itu Inflasi?

Inflasi

Inflasi adalah situasi di mana berlaku kenaikan harga sesuatu barang/perkhidmatan secara berterusan dalam sesebuah ekonomi.

Apabila berlaku Inflasi, nilai mata wang negara itu akan merosot dan barangan yang dibeli akan berkurangan berbanding sebelum berlakunya inflasi.

Ekonomi sesebuah negara yang mengalami Inflasi akan memberikan kesan besar kepada perbelanjaan setiap orang. Di mana, situasi ini akan mengurangkan kuasa beli pengguna.

Faktor Inflasi

Secara umumnya, inflasi boleh disebabkan oleh satu daripada faktor-faktor berikut atau kombinasi faktor-faktor ini:

Inflasi Tarikan Permintaan

Inflasi tarikan permintaan merujuk kepada situasi berlakunya kenaikan harga apabila permintaan masyarakat terhadap barang/perkhidmatan MELEBIHI penawarannya dalam pasaran.

( Permintaan > Penawaran)

Inflasi ini wujud apabila peningkatan permintaan berlaku pada masa ekonomi negara berada pada tingkat guna tenaga penuh.

Apabila sesebuah ekonomi mencapai guna tenaga penuh, tingkat pengeluaran sukar dinaikkan dengan cepat untuk menampung permintaan yang melambung ini.

Nota Kaki 📝

Apa itu Tenaga Buruh?

Jumlah penduduk yang berumur antara 15 hingga 64 tahun yang bekerja atau sedang mencari pekerjaan tetapi tidak termasuk suri rumah, pelajar,pesara serta penganggur sukarela.

Apa itu Guna Tenaga?

Jumlah tenaga buruh yang digunakan oleh pelbagai sektor ekonomi untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan dalam sesebuah negara.

Inflasi Tolakan Kos

Inflasi tolakan kos disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran yang tinggi.

Kenaikan kos pengeluaran ini disebabkan oleh kenaikan harga bagi faktor-faktor pengeluaran. Kos pengeluaran termasuklah kos bahan mentah, gaji buruh, kos sewa kilang, kos pengangkutan dan sebagainya.

Apabila kos pengeluaran meningkat, pengeluar yang ingin mengekalkan margin keuntungan akan memindahkan beban peningkatan kos ini kepada para pengguna dengan menaikkan harga jualan barang dan perkhidmatan.

Oleh itu, tingkat harga umum barang di pasaran akan meningkat dan berlakunya inflasi tolakan kos.

Inflasi Diimport

Inflasi diimport merujuk kepada kenaikan harga apabila harga barang yang diimport dari luar negara meningkat.

Barang import yang mahal akan dijual pada harga yang lebih tinggi di pasaran tempatan

Faktor Inflasi

Kenaikan harga faktor pengeluaran khasnya bahan mentah dan barang penghantaraan yang diimport pula akan menyebabkan kos pengeluaran meningkat dan seterusnya menaikkan harga jualan barang dan perkhidmatan di pasaran tempatan

Kenaikan harga barang import boleh disebabkan oleh kadar inflasi yang tinggi di negara pengeksport atau kejatuhan nilai mata wang tempatan.Kejatuhan nilai mata wang tempatan menyebabkan harga barangan import secara relatifnya lebih mahal.

Oleh itu, harga barang tempatan yang menggunakan komponen import akan meningkat dan berlakunya inflasi diimport.

Jangkaan Pengguna

Inflasi juga dipengaruhi oleh jangkaan pengguna.

Jika pengguna membuat jangkaan yang harga akan naik pada masa hadapan, mereka akan berbelanja sekarang dan ini akan menambah jumlah permintaan dalam sesuatu ekonomi.

Seterusnya, ini akan memberi peluang kepada pengeluar untuk mengambil kesempatan untuk meningkatkan harga.

Ikuti blog-blog ini untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan:-

Related Posts

Hi, how can I help you?