Parents Pening Anak Kuat Berbelanja? 7 Cara Simpan Duit Untuk Anak Anda!

Rata-rata anak yang bersekolah rendah pasti cenderung untuk mendapatkan wang yang banyak setiap hari ke sekolah.

Kos makanan yang dijual di kantin sekolah sahaja pun sudah tinggi nilainya berbanding dahulu.

Ditambah pula dengan wang belanja untuk membeli buah-buahan, air, jajan dan mainan ketika pulang dari sekolah nanti.

Kalau dibiarkan tanpa dikawal, memang ke laut jadinya nanti.

Maka, inilah masanya untuk anda mengajar anak sekolah rendah menyimpan wang dengan cara yang betul.

Jom kita tengok beberapa cara ajar anak sekolah rendah menyimpan wang dengan berkesan.

Cara Simpand Duit

  1. Bincangkan Kehendak dan Keperluan
  2. Sediakan Tabung Kegemaran Anak
  3. Berikan Wang Belanja & Explain Satu-Persatu
  4. Tetapkan Target Simpanan
  5. Berikan Reward Atau Hadiah Kepada Anak
  6. Jadi Contoh Terbaik Kepada Anak
  7. Dedahkan Anak Dengan Simpanan Bank Dan Pelaburan

1) Bincangkan Kehendak dan Keperluan

Ibu bapa perlu menerangkan kepada anak perbezaan antara KEHENDAK dan KEPERLUAN.

Terangkan dalam bahasa mudah kepada mereka supaya mereka lebih faham dan dapat praktikan.

Secara tidak langsung, perbelanjaan terhadap barangan kehendak menjadi minima dan lebihan duit dapat disimpan.

Nota Kaki

  • KEPERLUAN – asas-asas makanan, tempat tinggal, pakaian asas, penjagaan kesihatan dan pendidikan.
  • KEHENDAK – tambahan kepada keperluan asas kehidupan tetapi TIDAK SEMESTINYA PERLU DIPENUHI. Contoh seperti mainan, makanan ringan, kasut berjenama dan telefon pintar terkini.

2) Sediakan Tabung Kegemaran Anak

Langkah kedua, dedahkan amalan menabung kepada anak anda. Mulakan dengan menyediakan tabung yang menarik.

Pemilihan tabung mungkin bergantung kepada minat anak anda seperti kartun atau rancangan televisyen kegemaran mereka.

Tabung tersebut boleh diletakkan di dalam bilik anak anda untuk menggalakkan mereka sentiasa menyimpan lebihan duit.

3) Berikan Wang Belanja & Explain Satu-Persatu

Pada hari persekolahan, beri wang belanja dan explain satu-persatu apa yang boleh mereka gunakan untuk beli di sekolah.

Jelaskan juga berapa harga untuk setiap item tersebut.

Kemudian, minta mereka tinggalkan sekurang-kurangnya duit syiling untuk dibawa pulang dan diletakkan dalam tabung mereka.

4) Tetapkan Target Simpanan

Tetapkan target simpanan tabung mereka seperti seminggu perlu ada RM3 atau RM5 di dalam tabung.

Mereka akan mula membuat kira-kira untuk memastikan jumlah yang terdapat di dalam tabung dan jumlah yang perlu ditambah untuk mencukupkannya.

Contohnya, kalau hari ini terlebih belanja; pastikan esok bawa balik lebih untuk dimasukkan ke dalam tabung.

5) Berikan Reward Atau Hadiah Kepada Anak

Sekiranya mereka mencapai target simpanan yang kita sasarkan, belikan mereka hadiah.

Pemberian hadiah pasti akan mendorong mereka untuk teruskan menabung.

Reward seperti wang tambahan juga boleh kita beri, sebagai tanda kita harga usaha mereka yang telah bersusah-payah memastikan target simpanan tercapai.

6) Jadi Contoh Terbaik Kepada Anak

Janganlah kita suruh anak kita menyimpan, tetapi kita pula boros dan membazir.

Sikap kita sering diperhatikan oleh anak secara diam dan mereka akan ikut jejak kita.

Kita sendiri kena amalkan sikap berjimat-cermat, dan gunakan wang dengan bijak.

7) Dedahkan Anak Dengan Simpanan Bank Dan Pelaburan

Setiap bulan, bawa mereka ke bank bersama tabung mereka untuk disimpan ke dalam akaun simpanan.

Kita juga boleh menyimpan di akaun kanak-kanak atau Tabung Haji untuk mendapat manfaat yang lebih besar.

Penutup kata

Orang kata, “Nak melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Lagi awal kita ajar mereka tentang simpanan, lagi baik untuk mereka.

Rujukan Artikel: majalahlabur

Ikuti blog-blog ini untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan:-

Related Posts

Hi, how can I help you?