Ciri Usahawan Berjaya

7 Ciri-Ciri Usahawan Berjaya: Rahsia Nak Jadi Usahawan Meletop!

Picture of Faris Yaacob

Faris Yaacob

Faris Yaacob is the freelance writer of the Kijang Economics Blog and is passionate about all things related to reading and writing.

Siapa sini teringin nak duit berkepuk-kepuk? Kalau anda perasan, biasa yang duit berkepuk-kepuk ini orang yang buat bisnes. Orang itu dipanggil “usahawan” atau Entrepreneur.

CIRI CIRI USAHAWAN BERJAYA

Tapi bukan semua orang boleh jadi Usahawan. Sebab apa? Sebab ia memerlukan satu kemahiran yang boleh dipelajari dan dibangunkan dari semasa ke semasa.

Entrepreneurs (Usahawan) yang berjaya datang daripada pelbagai latar belakang yang berbeza. Malah, mereka juga mempunyai cara mereka sendiri dalam mempromosikan dan menguruskan perniagaan mereka.

Walau bagaimanapun, mengikut kajian usahawan yang berjaya mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang sama!

Blog kalini, akan membongkar ciri-ciri seorang usahawan yang berjaya!

Artikel Berkaitan:

 

Ciri-Ciri Usahawan yang Berjaya

1) Bijak Mengenal Pasti Peluang

Usahawan yang berjaya mempunyai pemikiran dan pandangan yang tajam. Mereka ini sebenarnya pandai melihat sesuatu “peluang” yang orang lain mungkin terlepas pandang.

ciri-ciri usahawan berjaya

Misalnya, apabila usahawan melihat ada sekelompok orang mempunyai masalah tertentu. Seorang usahawan yang berjaya akan menganggap situasi tersebut sebagai peluang untuk memperoleh keuntungan.

Mereka akan cepat-cepat membekalkan produk atau perkhidmatan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Malah, usahawan juga akan sentiasa mencari idea baharu dan inovatif untuk memenuhi keperluan prospek mereka.

2) Berorientasikan Tindakan

Rata-rata usahawan yang berjaya, mereka ini sebenarnya “pelaku”. Apa pula dikatakan sebagai pelaku ni? Pelaku itu merujuk kepada – daripada menunggu sesuatu berlaku, usahawan akan bertindak sehingga ianya menjadi kenyataan.

Sebagai contoh – Katakanlah dalam satu kawasan perumahan, penduduk di situ hadapi masalah banyak tikus dan lalat di kawasan mereka. Usahawan yang berjaya akan segera berfikir dan bertindak untuk menghasilkan produk/servis untuk memenuhi keperluan penduduk setempat.

Dalam erti kata lain, kalau anda ingin menjadi usahawan yang berjaya. Anda harus cepat untuk bertindak dalam memenuhi keperluan prospek anda.

3) Sentiasa Kena Improve!

Usahawan yang berjaya mereka tidak akan mudah untuk “selesa”. Mereka tidak akan mudah untuk dibuai mimpi indah!

Mereka akan sentiasa untuk belajar, bereksperimen dan menjadi bertambah baik.

Malah, mereka akan sentiasa mencari jalan untuk menjadikan perniagaan mereka lebih berkembang.

4) Pelanggan Nombor Syahtuuu

Kita kena sentiasa ingat, dalam memastikan business kita berjaya. Kita perlu sentiasa utamakan pelanggan kita. Jadi pastikan pelanggan kita nombor syahtuuu (Bak kata Elly Mazlien aka Kak Lina Kepom)

Tepuk dada dan sentiasa bertanya, “Apa yang boleh kita berikan untuk pelanggan kita harini?”, “Macam mana nak bagi pelanggan kita puas hati dengan produk kita”

Untuk menjadi usahawan yang berjaya, amat penting untuk kita “jaga” pelanggan kita. Malah, kita kena sentiasa berusaha sedaya upaya untuk memahami keperluan dan keutamaan pelanggan kita.

5) Mampu Hadapi Realiti

Usahawan yang berjaya, mereka bukanlah seorang yang suka berangan-angan macam mat jenin.

Setiap usahawan mempunyai ciri praktikal dan realistik. Mereka akan merancang dengan teliti dan membuat penilaian realistik terhadap risiko yang mereka akan hadapi.

Malah, mereka tidak gentar menghadapi cabaran secara langsung.

6) Hati Kena “Kering”

Nak berjaya dalam business ini memerlukan masa yang sangat lama. Bukan itu sahaja, banyak cabaran akan dilalui dalam proses ini.

Sebab itu, usahawan yang berjaya ini rata-rata mereka ini hati memang “kering”.

Kalau mereka gagal, mereka akan cuba dan cuba lagi. Mereka ini akan sentiasa bangkit daripada kegagalan.

7) Berani Ambil Risiko

Dalam menjadi usahawan, pasti tak lari daripada risiko.

Dari pelbagai aspek akan terdedah dengan risiko, jadi secara amnya seorang usahawan itu akan menilai setiap risiko dengan teliti.

Usahawan sering bergantung kepada penyelidikan intensif dan pengalaman perniagaan sebelum terlibat dalam sebarang keputusan perniagaan yang berisiko.

Nota Kaki

Nak menjadi seorang usahawan yang berjaya bukanlah mudah.

Tetapi dengan kerja keras, dedikasi, dan ciri peribadi yang betul, ia mungkin ianya akan menjadi realiti.

Ikuti blog-blog ini untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan:-

Related Posts

Hi, how can I help you?