Menabung merupakan salah satu amalan yang perlu dipupuk pada setiap individu. Bak kata pepatah ‘sikit-sikit lama-lama jadi bukit’.
Perumpamaan ini sangat sesuai digunakan untuk beri gambaran jelas tentang kebaikan dan faedah menabung kepada semua orang.
Melalui blog kalini, kami akan kongsikan 4 faedah menabung!
Faedah Menabung
- Melatih Hidup Berjimat Cermat
- Berdisiplin
- Simpanan Masa Hadapan
- Kegunaan Ketika Kecemasan
Melatih Hidup Berjimat Cermat
Amalan menabung dapat melatih seseorang untuk berjimat cermat.
Melalui amalan menabung, seseorang itu mampu mengutamakan perbelanjaan mengikut keperluan sahaja berbanding kehendak yang tidak perlu.
Secara tidak langsung, dapat mengelakkan tabiat berbelanja dengan boros.
Berdisiplin
Faedah Menabung yang kedua ialah mampu membentuk sikap disiplin pada diri individu tersebut.
Apabila seseorang itu mula menabung dan melakukan secara konsisten, secara tidak langsung membantu membentuk disiplin diri. Sikap disiplin merupakan aspek penting yang perlu ada dalam setiap orang.
Oleh itu, amalan menabung merupakan langkah awal yang terbaik untuk membentuk disiplin dalam diri individu.
Simpanan Masa Hadapan
Antara faedah menabung yang lain adalah dapat mempunyai simpanan untuk kegunaan pada masa hadapan.
Wang simpanan tersebut boleh dijadikan sebagai sumber kewangan untuk kegunaan masa depan.
Wang yang disimpan boleh digunakan untuk tujuan pendidikan anak mereka pada masa akan datang tanpa perlu membuat pinjaman untuk melanjutkan pelajaran pada masa hadapan.
Kegunaan Ketika Kecemasan
Keperluan wang semasa waktu kecemasan juga membuatkan amalan menabung itu sangat penting.
Kita tidak dapat menjangka pada bila masa kita perlu mengeluarkan wang yang banyak bagi menanggung kos perbelanjaan sesuatu perkara yang hadir tanpa diduga.
Sebagai contoh seperti, bencana alam, kemalangan, kematian ahli yang terdekat atau masalah kesihatan.
Tidak disangkal lagi, amalan menabung mempunyai banyak manfaat dan faedah pada setiap individu. Oleh itu, kami amat mengalakkan setiap orang khususnya para pelajar untuk mulakan amalan menabung pada usia muda.
Rujukan Artikel: sspn
Ikuti blog-blog ini untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan:-
- Matematik – Blog Kangaroo Math
- Sains – Blog Kancil Science
- Komputer Sains – Blog Beaver Computational Thinking
- Ekonomi – Blog Kijang Economy