CIA: Rahsia Di Sebalik Nilai Matawang Singapura dan Brunei

Korang perasan atau tidak sebenarnya mata wang Singapura dan Brunei sama nilainya? Ramai yang masih keliru dan tidak tahu berkenaan isu ini, sebab tidak tahu sebenarnya ada satu perjanjian khas yang mengatur semua situasi ini.

Jadi, apa kata kita selami sejarah dan asal-usul perjanjian yang buat mata wang Singapura dan Brunei ini sama nilai. Kita bongkar sama-sama sebab-sebab di sebalik perjanjian ini, dan macam mana ia berfungsi sampai sekarang.

Perjanjian Currency Interchangeability

Sejarah Currency Interchangeability Agreement (CIA)

Dua-dua negara ni ada perjanjian tertentu yang dinamakan Currency Interchangeability Agreement (CIA). Perjanjian ini mewajibkan semua pihak untuk menerima dan menukar mata wang negara lain yang ada dalam CIA tu. Singapura dan Brunei dah ada benda ni sejak tahun 1967.

Tapi ada yang tak tahu, Malaysia pun pernah sertai perjanjian CIA ni tau! Ketika itu, Ringgit Malaysia dan Dollar Singapura sama nilai.

Sejarah Currency Interchangeability Agreement (CIA)

Untuk lebih faham sejarah CIA ini, kita kena pergi balik zaman 1952. Pada ketika itu, Malaya menghantar Menteri Kewangan untuk berjumpa dengan beberapa orang penting dari Setiausaha Kewangan Singapura, Gabenor Sarawak, Gabenor Borneo Utara (British Sabah) dan Residen Brunei. 

Menerusi perjumpaan itu, mereka semua setuju untuk ketepikan semua mata wang yang sedia ada dan fokus untuk gunakan mata wang baru iaitu “The Malaya and British Borneo Dollar”.

Sejarah Currency Interchangeability Agreement (CIA)

Tapi apabila Malaysia dan Borneo mencapai kemerdekaan, dan Singapura pula diisytihar sebagai negara merdeka pada 1965, matawang “The Malaya and British Borneo Dollar” ini ada tiga negara yang gunakan. Jadi, mereka buat perjanjian CIA. Macam itu lah semua mata wang jadi sama nilai.

Bayangkan ketika itu, RM1.00 itu sama nilai dengan SGD1.00!

Kelebihan Currency Interchangeability Agreement (CIA)

Currency Interchangeability Agreement (CIA) ni sebenarnya bagus tau!

  • Wujud integrasi ekonomi antara negara-negara dalam CIA.
  • Urusan perniagaan antara satu sama lain menjadi lebih mudah
  • Mudah untuk belanja dan shopping kat negara lain dalam CIA.
Sejarah Currency Interchangeability Agreement (CIA)

Bayangkan lah, kalau kita nak beli nasi ayam kat Singapura guna Ringgit Malaysia, tiada masalah pun! Betapa luasnya jaringan perniagaan.

Cabaran Currency Interchangeability Agreement (CIA)

Sejarah Currency Interchangeability Agreement (CIA)

Tapi, untuk menjadikan perjanjian CIA ini jadi, semua negara dalam perjanjian ini kena ada kerjasama yang kuat. Dalam bahasa mudah, setiap negara perlu ada sistem kewangan yang stabil.

Kalau salah satu negara alami krisis, negara lain akan terkena tempias tulah antara cabaran CIA.

Malaysia Keluar Dari CIA

Pada tahun 1973, Malaysia keluar dari CIA. Ada dua sebab yang kita boleh bahas:

  1. Ingin Kebebasan Ekonomi Sendiri
  2. Politik
Sejarah Currency Interchangeability Agreement (CIA)

Malaysia dan Singapura mula ikut haluan berbeza. Tun Abdul Razak seorang pragmatik dan fokus kepada “equal outcome”. Manakala Lee Kuan Yew pula lebih kepada “equal opportunities”. Cara pelaksanaan kedua-duanya jauh berbeza dan ideologi ekonomi juga tidak sama.

Jadi pada tahun 1973, Malaysia membawa haluan sendiri. Currency Interchangeability Agreement diperbaharui dengan framework baru yang melibatkan hanya Brunei dan Singapura sahaja.

Bagaimana Brunei Boleh Buat Mata Wangnya Sama Nilai Dengan Singapura?

Brunei mempunyai ekonomi yang bergantung pada minyak, tapi mereka boleh buat mata wangnya sama nilai dengan Singapura. Cara dia mudah sahaja, Brunei cuma perlu ada foreign exchange reserves yang cukup untuk “defend” Brunei Dollar.

Sejarah Currency Interchangeability Agreement (CIA)

Menurut, IMF menerusi cara ini, boleh stabilkan sistem kewangan Brunei. Apa yang Brunei perlu buat ialah jaga reserves dia. Singapura pula, mereka punya mata wang kuat sebab ekonomi mereka cekap dan politik mereka stabil. Jadi, boleh dikatakan win-win situation untuk kedua-dua negara ni.

Akhir Kata

Jadi, itu lah penjelasan kenapa mata wang Singapura dan Brunei sama nilai. Brunei selesa meterai perjanjian CIA dengan Singapura, dan kita Malaysia lebih selesa untuk bergerak sendiri.

Sumber Rujukan dan Kredit: the Patriots

Related Posts

Hi, how can I help you?