Kesan Inflasi

Inflasi Malaysia: Kesan Inflasi Terhadap Negara

Pengguna terutamanya merasai kesan inflasi apabila kewangan mereka semakin membebankan akibat kos sara hidup yang semakin meningkat berikutan kenaikan harga barang dan perkhidmatan di pasaran.

Inflasi

Berikut merupakan kesan-kesan inflasi terhadap kehidupan seharian pengguna:-

  1. Harga Barang
  2. Tabungan
  3. Pendapatan
  4. Pengangguran
  5. Eksport
  6. Kadar Faedah

Artikel Berkaitan: Apa Itu Inflasi? Ketahui 4 Faktor Berlakunya Inflasi

Kesan terhadap Harga Barang

Kesan Inflasi
  • Inflasi berlaku apabila tingkat harga umum meningkat secara berterusan.
  • Kos sara hidup meningkat menyebabkan masyarakat kurang mampu untuk membeli barang dan perkhidmatan kerana harga barang yang semakin meningkat.
  • Seterusnya, taraf kebajikan masyarakat akan terjejas.

Kesan terhadap Tabungan

  • Harga barang yang meningkat menyebabkan perbelanjaan penggunaan individu meningkat dan akibatnya tabungan akan berkurangan.
  • Masyarakat terpaksa mengeluarkan simpanan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.
  • Inflasi menyebabkan nilai wang yang dipegang oleh isi rumah semakin merosot

Kesan terhadap Pendapatan

  • Inflasi menyebabkan pendapatan benar masyarakat menurun dengan andaian pendapatan tunai tidak berubah.
  • Pendapatan benar ialah jumlah barangan yang mampu dibeli oleh isi rumah dengan pendapatan tunai yang diterima.
Kesan Inflasi
  • Tingkat harga barang dan perkhidmatan yang semakin meningkat akan mengurangkan kuasa beli pengguna iaitu barangan yang boleh dibeli dengan sejumlah wang yang sama semakin berkurangan.
  • Kos sara hidup yang meningkat menyebabkan taraf hidup masyarakat menurun kerana pengguna tidak mampu membeli barang yang diingini untuk memenuhi keperluan atau kehendak.

Kesan terhadap Pengangguran

  • Inflasi yang sederhana membawa kesan positif kepada kadar pengangguran.
  • Kenaikan harga barang di pasaran akibat inflasi tarikan permintaan menggalakkan firma untuk menambahkan pengeluaran untuk memenuhi lebihan permintaan di pasaran.
Kesan Inflasi - Pengangguran
  • Firma akan meningkatkan penggunaan guna tenaga untuk menambahkan tingkat pengeluaran.
  • Hal ini menyebabkan peluang pekerjaan dalam negara akan bertambah dan kadar pengangguran akan menurun dengan inflasi sederhana.

Kesan terhadap Eksport

  • Apabila inflasi tolakan kos berlaku, harga barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh firma tempatan akan meningkat kerana kos pengeluaran yang tinggi.
  • Harga barang tersebut akan menjadi mahal apabila dieksport ke luar negara berbanding dengan barang yang dikeluarkan oleh negara lain.
  • Menyebabkan barang eksport ini kehilangan daya saing di pasaran antarabangsa / nilai eksport berkurang.
  • Kesannnya permintaan barangan keluaran tempatan berkurangan dalam pasaran antarabangsa dan pendapaan negara daripada sektor eksport merosot.

Kesan terhadap Kadar Faedah

  • Inflasi berlaku apabila terlalu banyak wang mengejar barang yang sedikit dalam pasaran.
  • Sebagai langkah untuk mengawal bekalan wang dalam ekonomi, bank pusat akan mengarahkan institusi kewangan untuk meningkatkan kadar faedah yang akan menyebabkan kos pinjaman dan beban hutang peminjam meningkat.
  • Masyarakat akan mengurangkan pinjaman yang dibuat dan kesannya penawaran wang dalam ekonomi akan berkurangan.

Rujukan Artikel: CikguFarha

Ikuti blog-blog ini untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan:-

Related Posts

Hi, how can I help you?