Ketagihan Game

Ketagihan Game – Mak Ternganga, Anak Joli Sakan! Beli ‘Game’ Dalam Talian Sampai RM290,000!

Bagaikan mimpi ngeri! Itulah perkataan yang sesuai digambarkan apabila sepasang suami isteri RUGI sebanyak 449,500 yuan (RM290,299) akibat daripada permainan video!

Semua ini berpunca disebabkan oleh anak perempuan mereka yang “ketagih” permainan dalam talian! Kanak-kanak berusia 13 tahun di China dikatakan mula berjoli dengan wang ibunya sejak empat bulan lalu.

Isi Kandungan

Simpanan Licin! Baki Akauan Tinggal RM0.32

Menurut ibu gadis tersebut, dia hanya mengetahui “kecurian” itu apabila menerima aduan daripada guru sekolah anaknya. Ujarnya lagi, guru tersebut memaklumkan anaknya sering menghabiskan masa dengan telefon bimbit di sekolah.

Apabila mendengar aduan guru tersebut, beliau mula merasa tidak sedap hati dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Lantas, beliau menyemak baki duit di banknya. Dan alangkah terkejut apabila dia mendapati hanya tinggal 0.5 yuan (RM0.32) dalam akaunya!

Ketagihan Game - Simpanan Licin! Baki Akauan Tinggal RM0.32

Ketagihan Melampau!

Tergamam melihat baki dalam banknya itu, beliau kemudian membelek penyata bank dan mendapati banyak transaksi yang dilakukan oleh anak perempuannya untuk membayar permainan dalam talian.

Ketagihan Game

Ketika disoal bapanya, kanak-kanak itu mengaku telah membelanjakan sebanyak 120,000 yuan (RM77,600) untuk membeli permainan itu. Manakala, 210,000 yuan (RM135,800) untuk pembelian dalam permainan. Bukan itu sahaja, 100,000 yuan (RM64,600) untuk membeli permainan buat 10 rakan sekelasnya.

Gadis itu mengatakan dia tidak tahu jumlah duit yang ada dalam kad debit tersebut. Tambahnya lagi, dia mengetahui kata laluan kad debit itu setelah diberikan ibunya. Namun pemberian itu diberikan sekiranya anak mereka memerlukan wang ketika ketiadaan mereka pada masa akan datang.

Sumber: SCMP

Platform Kewangan Terbaik Untuk Anak Celik Kewangan!

Tetapi apabila kita meneliti dengan mendalam isu ini, semua ini disebabkan anak gadis mereka tidak didedahkan dengan ilmu kewangan. Sebab itu, penting untuk ibu bapa mendidik dan mendedahkan ilmu kewangan kepada anak di usia muda lagi. 

Kijang Economics merupakan platform terbaik untuk anda dedahkan ilmu kewangan kepada anak anda! Pendaftaran Kijang Economics masih dibuka, layari https://contesthub.my/register untuk mendaftar! Jangan tunggu duit anda melayang, baru buka mata. Daftar sekarang!

Untuk mendapat maklumat berkaitan Kijang Economics, baca DI SINI

Ikuti blog-blog ini untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan:-

Related Posts

Hi, how can I help you?