Konsep Kekurangan dalam Ekonomi

Dalam konteks ekonomi, kekurangan merupakan suatu kehendak yang melebihi sumber terhad yang ada.  

Maksudnya di sini, keperluan atau kehendak bagi setiap orang adalah tidak terhad (unlimited). Namun, bekalan untuk memenuhi setiap kehendak itu sangat terhad. Bekalan di sini merujuk seperti sumber asli, masa, tenaga, kewangan, dan faktor pengeluaran.

Jadi, masalah kekurangan ini timbul apabila barang dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah terhad berbanding dengan kehendak dan hasrat manusia yang tidak terhad.

Contoh Kekurangan dalam Ekonomi

Konsep Kekurangan dalam Ekonomi

Sebagai contoh, Faze Penjahat mempunyai RM200,000 dan dia berkeinginan untuk membuka dua perniagaan baru iaitu restoran dan kedai buku. 

Walau bagaimanapun, dia hanya boleh membuka satu perniagaan kerana modalnya tidak mencukupi untuk menampung dua perniagaan. 

Dalam hal ini, modal adalah satu kekurangan yang dihadapi oleh Faze Penjahat.

Kekurangan yang dihadapi oleh Setiap Unit Ekonomi

Konsep Kekurangan dalam Ekonomi
  • Individu/isi rumah: kekurangan pendapatan ataupun wang untuk membeli semua barang dan perkhidmatan yang dikehendaki.
  • Firm: kekurangan sumber pengeluaran atau faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.
  • Kerajaan: kekurangan hasil atau pendapatan untuk melaksanakan semua projek pembagunan.

Kaedah Mengatasi Kekurangan

Konsep-kekurangan-dalam-ekonomi

Masalah kekurangan boleh diselesaikan melalui kaedah-kaedah berikut:

  1. Memanfaatkan sepenuhnya semua sumber.
  2. Menambah baik kapasiti sumber dan teknologi.
  3. Meningkatkan kecekapan pentadbiran untuk pengeluaran dan pengagihan.
  4. Mengagihkan barang atau pendapatan di kalangan ahli masyarakat.

Ikuti blog-blog ini untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan:-

Related Posts

Hi, how can I help you?