Konsep Kos Lepas dalam Ekonomi

Dalam ekonomi, terdapat konsep penting yang dikenali sebagai “kos lepas”.

Konsep ini merujuk kepada kos atau pengorbanan yang perlu dibuat apabila memilih sesuatu pilihan. Maksudnya, dengan melepaskan pilihan terbaik yang lain. 

Mari kita fahami konsep ini dengan menggunakan contoh yang lebih mudah difahami.

Table of Contents

Apakah itu Kos Lepas?

Konsep Kos Lepas dalam Ekonomi

Kos lepas boleh dianggap sebagai kos untuk memilih satu pilihan berdasarkan pengorbanan lain yang tidak dipilih. 

Contohnya, bayangkan Faze Penjahat mempunyai dua pilihan untuk melaksanakan Meet and Greet bersama peminatnya. Faze bercadang untuk mengadakan di Sunway atau di Lotus Penang. 

Jika Faze memilih mengadakan Meet and Greet di Sunway, maka kos lepas bagi situasi ini adalah Lotus Penang. Lotus Penang merupakan pilihan kedua terbaik yang dia tidak pilih Faze.

Mengapa Wujud Kos Lepas?

Konsep Kos Lepas dalam Ekonomi

Kos lepas wujud daripada masalah pemilihan dan keperluan untuk memilih pelbagai pilihan yang ada. 

Ia berlaku kerana kita memiliki sumber-sumber yang sangat terhad.

Contohnya, jika seseorang individu mempunyai dua pilihan untuk membeli baju atau sepasang kasut. Jika individu itu memilih untuk membeli kasut, maka kos lepas adalah baju yang tidak dapat dibeli.

Contoh Kos Lepas dalam Pelbagai Situasi

Masih keliru? Tidak mengapa jom kita lihat beberapa contoh lain bagi situasi Kos Lepas ini.

Konsep Kos Lepas dalam Ekonomi

Contoh 1: Kos Lepas bagi Perniagaan

Sebuah syarikat mempunyai dua pilihan untuk membuka perniagaan baru atau mengambil alih perniagaan yang sedia ada. 

Jika syarikat itu memilih untuk mengambil alih perniagaan yang sedia ada kerana dijangka akan memperoleh keuntungan yang lebih tinggi, maka kos lepasnya adalah kehilangan peluang membuka perniagaan baru.

Contoh 2: Kos Lepas bagi Kerajaan

Kerajaan perlu membuat pilihan antara membangun sebuah hospital atau taman rekreasi. 

Jika kerajaan memilih untuk membangunkan hospital kerana ianya akan memberi manfaat yang lebih besar kepada orang ramai, maka kos lepas bagi kerajaan adalah kehilangan peluang membina taman rekreasi.

Akhir Kata

Dalam ringkasnya, kos lepas adalah “pengorbanan” yang perlu dibuat apabila memilih satu pilihan. Iaitu adalah pilihan kedua terbaik yang dilepaskan.

Kos lepas juga berlaku dalam pelbagai situasi, termasuk dalam perniagaan dan dalam keputusan kerajaan.

Ikuti blog-blog ini untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan:-

Related Posts

Hi, how can I help you?