Maznah Hamid: Iron Lady yang Dikagumi!

Picture of Faris Yaacob

Faris Yaacob

Faris Yaacob is the freelance writer of the Kijang Economics Blog and is passionate about all things related to reading and writing.

Datuk Maznah Hamid merupakan pesona yang amat disegani di Malaysia.

Beliau yang terkenal dengan gelaran ‘The Malaysian Iron Lady’ merupakan seorang usahawan, pengarang dan penceramah motivasi yang amat terkenal.

Maznah Hamid

Maznah Hamid seorang yang dikagumi dan dihormati sebagai seorang usahawan yang berjaya.

Beliau turut terkenal sebagai simbolik “female power” di Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Maznah Hamid (Iron Lady)

Securiforce Sdn Bhd

Sedekad lalu, beliau dan suami diberikan tawaran untuk mengambil alih sebuah syarikat keselamatan yang hampir muflis dan tidak dikenali.

Berpandukan kepada pengalaman menghadiri rumah kedutaan asing yang dilihatnya mempunyai keperluan keselamatan yang tinggi.

Maznah Hamid

Maznah Hamid dan suaminya terjun ke dalam bidang keselamatan tanpa sebarang persediaan.

Hanya berbekalkan modal $5000, beliau nekad mengambil alih syarikat berkenaan.

Syarikat tersebut dinamakan Securiforce Sdn Bhd. Gabungan perkataan “Secure” dan “Force” yang melambangkan kekuatan.

Liku-Liku Maznah Hamid

Securiforce bermula dengan hanya mampu menggajikan beberapa pengawal.

Oleh kerana kekurangan peruntukkan, Maznah Hamid sendiri bertindak sebagai pengurus dan pekerja dalam syarikat itu.

Kekangan berlaku apabila wang modal telah kehabisan dan permohonan untuk pinjaman bank turut ditolak.

Maznah Hamid

Ini memaksa Maznah Hamid untuk menjual rumah mereka sendiri dan berpindah ke tempat baru yang lebih kecil tanpa kemudahan yang sesuai.

Menurut Maznah, 10 tahun pertama Securiforce adalah waktu dia dan suaminya menderita.

Datuk Maznah Hamid sendiri pernah menjadi pengawal keselamatan di pasar raya dan suami beliau pula melakukan rondaan di kawasan rumah pelanggan.

Persaingan yang Sengit

Dengan hanya beberapa ribu ringgit sebagai modal mereka, syarikatnya terpaksa bersaing dengan beratus-ratus syarikat keselamatan berlesen lain di Malaysia.

Malah kebanyakan syarikat keselamatan tersebut merupakan perniagaan yang ditubuhkan dengan modal sehingga jutaan ringgit.

Namun dengan usaha dan dedikasi beliau, empayar perniagaan yang dibinanya bertahan dan berjaya!

Syarikat Keselamatan Terbesar di Malaysia

Maznah Hamid

Securiforce kini merupakan salah satu syarikat keselamatan terbesar di Malaysia.

Sehingga kini, Securiforce mempunyai lebih daripada 30 cawangan di seluruh Malaysia dan menggaji lebih daripada 4,000 pekerja.

Kejayaan ini dicapai tanpa bantuan kewangan atau modal daripada institusi kewangan

Kejayaan Maznah Hamid

Datuk Maznah Hamid memainkan peranan yang amat penting dalam memimpin dan merangka strategi kejayaan Securiforce.

Beliau telah menerima pelbagai anugerah atas pencapaiannya yang cemerlang dalam perniagaan.

Maznah Hamid

Datuk Maznah juga telah menubuhkan Maznah Motivational Centre (MMC) yang menjalankan seminar berkaitan perniagaan dan pembangunan insan.

Bukunya “Motivasi Memburu Kejayaan” adalah buku terlaris dan telah menjadi sumber panduan kepada bakal usahawan yang ingin belajar daripada pengalamannya. prinsip dan rahsia dalam usaha mereka untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan.

Ikuti blog-blog ini untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan:-

Related Posts

Hi, how can I help you?