Robert Kuok – Biar Betik! Tauke Gula, Orang Terkaya di Malaysia?

Faris Yaacob

Faris Yaacob

Faris Yaacob is the freelance writer of the Kijang Economics Blog and is passionate about all things related to reading and writing.

Menurut Forbes Asia, pengasas kumpulan Kuok, Robert Kuok Hock Nien kekal berada di tempat pertama sebagai orang terkaya di Malaysia.

Kekayaan yang dimiliki Robert Kuok ini bukan sahaja diperoleh melalui perniagaan berasaskan gula seperti penanaman tebu di Perlis, kilang penapisan gula dan pengilangan tepung sahaja.

Namun beliau turut melibatkan perniagaan dalam sektor kewangan, perhotelan serta pengangkutan.

Artikel Berkaitan:

Pengasas Kuok Brothers Sdn Bhd

Robert Kuok dilahirkan pada tahun 1923 di Johor Bahru. Beliau merupakan anak kepada seorang peniaga komoditi yang berada.

Robert Kuok

Pada Tahun 1949, beliau mengasaskan Kuok Brothers Sdn Bhd.

Selepas mengasaskan Kuok Brothers Sdn Bhd, Kuok mula melabur dalam perniagaan penapisan gula.

“Raja Gula”

Selepas negara kita mencapai kemerdekaan, Robert Kuok segera mengambil peluang itu untuk mengembangkan perniagaannya dengan pantas di seluruh Malaysia.

Robert Kuok

Malah, Robert Kuok turut dikenali sebagai “Raja Gula” kerana beliau menguasai sehingga 10 peratus pasaran gula global!

Empayar Robert Berkembang!

Kejayaan beliau menguasai pasaran gula di Malaysia tidak terhenti di situ. Robert Kuok kemudian mengembangkan perniagaan dengan kilang tepung terbesar di Malaysia. Beliau pantas melihat peluang dan potensi perniagaan ini di dalam dan luar negara.

Robert Kuok turut menjalin hubungan baik dengan kerajaan dan pemain industri yang lain. Ini sekaligus, meningkatkan empayar perniagaannya.

  • Melalui hubungan dengan kerajaan, Robert Kuok berganding bahu dalam membentuk syarikat perkapalan, dan kemudian membina hotel, bangunan pejabat dan pusat konvensyen.
  • Manakala hubungan dengan rakan kongsi pula, beliau mengasaskan bank.

Selain menjalankan banyak perusahaan di Malaysia, beliau juga beroperasi di banyak negara dan wilayah lain seperti Singapura. Thailand, China,Indonesia, Fiji dan Australia.

Rahsia Kejayaan Robert Kuok

Menurut rakan-rakan terdekatnya, rahsia kejayaan Robert Kuok adalah kerana sikapnya.

Robert Kuok

Robert Kuok dikatakan seorang yang budiman dan benar-benar mesra. Malah, beliau turut sering membantu rakan-rakannya.

Tambah mereka lagi, Robert seorang yang suka berjimat cermat dan hidup secara bersederhana.

Ikuti blog-blog ini untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan:-

Related Posts

Hi, how can I help you?