Perasan atau tidak zaman sekarang ini banyak sangat berita pasal ekonomi? Recession lah, Inflation lah, Deflation lah. Macam-macam istilah ekonomi dia. Kadang-kadang kita baca pun jadi pening.
Tapi cakap pasal ekonomi, korang pernah dengar tidak pasal The Great Depression? Haaa, mesti terkebil-kebil kan dengar benda ini. Kalau korang nak tahu, The Great Depression ini macam nightmare dalam dunia ekonomi. Punyalah nightmare sampai orang kaya jadi miskin, banyak syarikat besar tutup. Semua ini sebab ekonomi tak stabil.
Jom kita baca blog ini, untuk faham apa sebenarnya The Great Depression.
Isi Kandungan
Risiko Pembangunan Pesat
Sebelum kita selam lebih dalam lagi, kita kena faham satu benda dahulu.
“Pembangunan yang pesat mungkin nampak baik tapi boleh jadi malapetaka”.
Dalam dunia ekonomi, pembangunan pesat ini biasanya berlaku dalam dua cara iaitu:
- Economic Miracle
- Overheating
1920-an - The Roaring Twenties
Waktu 1920-an, Amerika ini memang membangun gila-gila. Maklumlah, baru menang Perang Dunia Pertama, kemudian Influenza Pandemic pun mereka berjaya harungi. Jadi, rakyat pun hidup dengan bahagia.
Zaman itu, mereka dibuai dengan mimpi yang sangat indah. Bahkan ramai orang Eropah lari ke Amerika untuk memburu “American Dream” sebab ekonomi di situ membangun dengan sangat pesat.
Era kegemilangan itu dipanggil “The Roaring Twenties“. Tapi malangnya disebabkan terlalu leka dan alpa, mereka tak sedar ada ‘tanda amaran‘ yang dah muncul sejak 1917 lagi.
Tanda Amaran - Agricultural Overproduction
Masa Perang Dunia Pertama, Woodrow Wilson (Presiden Amerika) bijak menjadikan Amerika sebagai pengeluar makanan utama dunia.
Petani Amerika diberi bantuan dari segi subsidi dan insentif untuk bercucuk tanam. Disebabkan petani Eropah terlibat dalam peperangan, maka petani Amerika bercucuk tanam untuk pihak Eropah.
Namun, timbul satu masalah yang sangat besar kepada petani Amerika selepas Perang Dunia Pertama berakhir.
Apabila perang dah selesai, petani Eropah balik ke ladang semula. Maka, kebergantungan makanan kepada Amerika berakhir. Eropah kembali mampu berdiri atas kaki sendiri tanpa bantuan Amerika.
Maka dari sini, Amerika mengalami agricultural overproduction (lebihan makanan) sehinggakan harga makanan jatuh menjunam.
Situasi ini, buat petani tak senang duduk. Sebab, mereka banyak berhutang dengan bank untuk kegiatan pertanian. Ini menyebabkan, ramai orang bandar mula lari balik ke kampung untuk membeli tanah.
Masalah Kapitalisme dan Wealth Inequality
Pada 1920-an juga, masalah kapitalisme mula timbul di Amerika. Harta banyak terkumpul dekat orang kaya (1% populasi). Walaupun era tu digelar “Roaring Twenties”, tapi 60% rakyat Amerika miskin. Inilah yang kita panggil ‘wealth inequality‘ (ketidakseimbangan kekayaan).
Apabila terjadinya situasi ini, rakyat tidak akan berbelanja. Jadi, perbelanjaan pengguna jatuh → bisnes pun akan jatuh → bisnes mula melingkup → Cukai tidak boleh bayar → Kerajaan lumpuh.
Masalah Pasaran Saham
Ketika itu, orang kaya juga ada masalah kewangan. Ya, mereka kaya tapi banyak berhutang dengan bank. Mereka pinjam wang untuk tujuan melabur dalam pasaran saham. Mereka sangka nilai saham akan naik sahaja.
Tapi apabila nilai saham itu jatuh, semua orang panik dan jual dengan cepat. Yang pinjam duit untuk beli saham itu lagi teruk sehingga alami kerugiaan.
Itulah yang terjadi pada 24 Oktober 1929. Peristiwa itu dikenali sebagai ‘Black Tuesday‘ – pasaran saham jatuh teruk. Dalam satu hari saja, 16 juta saham dijual.
Apa yang Berlaku Selepas Itu?
Ekonomi membangun dengan pesat tu bagus. Tapi membangun atas dasar “real value” atau “overinflated value”? Pada 1920-an itu, Amerika membangun dengan real value sehingga overinflated.
Tahun-tahun selepas 1929 tunjukkan yang mana nilai sebenar dan yang mana ‘overinflated’.
Banyak syarikat maju sebab bijak gunakan keadaan ini. Contohnya:-
- Coca-Cola – guna masa susah itu untuk buat promosi.
- Kraft – buat produk yang murah, senang masak dan tahan lama.
Tapi, banyak syarikat lain yang gulung tikar. Sebab orang tak ada duit untuk berbelanja. Bahkan, Bank of United States pun tutup terus.
Apa Kaitannya Dengan Malaysia 1990-an?
The Great Depression adalah berpunca daripada ekonomi yang ‘overheating’
- Ekonomi membangun pesat.
- Orang mudah buat pinjaman duit.
- Overproduction (lebihan produksi).
- Pasaran saham menggila.
Benda yang lebih kurang sama jadi masa 1997 di Malaysia. Tentu tak sama 100%. Negara tak sama. Zaman pun tak sama. Tapi asasnya sama. Kita dapat lihat macam mana ekonomi boleh jadi ‘overheated’.
Cara paling mudah untuk faham, semua orang pernah masak kan? Ada api kat periuk. Sekarang, apa beza “masak sampai masak” dan “masak sampai terhangit”? Haa. Itu kiasan paling mudah.
Sumber Rujukan dan Kredit: the Patriots
Ikuti blog-blog ini untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan:-
- Matematik – Blog Kangaroo Math
- Sains – Blog Kancil Science
- Komputer Sains – Blog Beaver Computational Thinking
- Ekonomi – Blog Kijang Economy