Tony Fernandes: Usahawan Genius yang Bebaskan Hutang AirAsia 40 Juta!

Picture of John Doe

John Doe

Faris Yaacob is the freelance writer of the Kijang Economics Blog and is passionate about all things related to reading and writing.

Tony Fernandes antara salah seorang usahawan yang paling dikagumi dalam dunia korporat Malaysia.

Tony Fernandes

Beliau seorang yang mempunyai impian besar. Pada awalnya, ramai orang mengejek dan memerli ideanya untuk membeli sebuah syarikat penerbangan yang dibebani hutang yang banyak.

Namun disebalik ejekan yang diterima, beliau tetap dengan pendiriannya untuk membeli AirAsia daripada DRB-Hicom. Beliau mahu mewujudkan syarikat penerbangan tambang rendah di Malaysia.

Bahkan, beliau sanggup menggadaikan rumahnya sendiri untuk membantu mencapai impiannya. Akhirnya beliau berjaya memperoleh AirAsia pada harga RM1 dengan liabiliti lebih RM40 juta dan dua pesawat Boeing yang sudah tua.

Artikel Berkaitan:

Tragedi 11 September

Tragedi 11 September 2001, membuatkan ramai yang percaya AirAsia ini akan lebih cepat lingkup dan gagal. Namun, Tony Fernandes mempunyai pemikiran yang berbeza.

Selepas tragedi 11 September itu, beliau menjangkakan pemberhentian yang ketara dalam sektor penerbangan. Ini akan menyebabkan lambakan kakitangan berpengalaman sedia ada, dan kos operasi syarikat penerbangan akan turun sebanyak 40%.

“Everyone Can Fly” - AirAsia Bebas daripada Hutang

Di bawah kepimpinan dan visi Fernandes, dan dengan slogan ‘Everyone Can Fly” dalam tempoh 12 bulan sahaja, AirAsia bebas daripada hutang.

Tony Fernandes - AirAsia

Bayangkan dalam tempoh yang singkat, populariti dan keuntungan AirAsia mengatasi syarikat penerbangan nasional Malaysia (MAS).

AirAsia yang pada mulanya hanya menumpukan di rantau ASEAN telah mengembangkan perkhidmatan mereka dari Kuala Lumpur ke Australia, China, Perancis, India, Iran, Jepun, New Zealand. Korea Selatan dan Taiwan (Taipei).

Imej Tony Fernandes

Disebalik kejayaan luar biasanya, beliau masih merendah diri. Tony Fernandes sinonim dengan penampilanya yang ringkas.

Tony Fernandes

Beliau sering mempergayakan topi merah AirAsia, kemeja-t lengan pendek dan seluar jeans.

Penghargaan yang diterima Tony Fernandes

Sepanjang mengendalikan AirAsia, Tony Fernandes telah menerima banyak pengiktirafan antarabangsa. Antara anugerah yang diterima beliau adalah:-

  • Airline Business Strategy Award 2005
  • Asia Pacific Aviation Executive (CAPA) 2004 & 2005
  • The CAPA Legend Award 2009 (Aviation Hall of Fame)
  • Airline CEO of the Year Award for 2009 (Jane’s Transport Finance)
  • Nikkei Asia Prize in Tokyo
  • Masterclass Global CEO (MBLA) 2010

Pada Mei 2011, Fernandes telah dinamakan sebagai salah seorang yang paling kreatif di dunia dalam perniagaan untuk 2011. Beliau dinamakan oleh majalah perniagaan Fast Company yang berpangkalan di New York.

Tambahan pula, beliau turut dikurniakan Panglima Setia Mahkota (PSM), yang membawa gelaran Tan Sri, oleh Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang dikurniakan kepada rakyat terbilang yang telah memberikan khidmat bakti kepada negara.

Ikuti blog-blog ini untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan:-

Related Posts

Hi, how can I help you?