Pengguna terutamanya merasai kesan inflasi apabila kewangan mereka semakin membebankan akibat kos sara hidup yang semakin meningkat berikutan kenaikan harga barang dan perkhidmatan di pasaran.
Berikut merupakan kesan-kesan inflasi terhadap kehidupan seharian pengguna:-
- Harga Barang
- Tabungan
- Pendapatan
- Pengangguran
- Eksport
- Kadar Faedah
Artikel Berkaitan: Apa Itu Inflasi? Ketahui 4 Faktor Berlakunya Inflasi
Kesan terhadap Harga Barang
- Inflasi berlaku apabila tingkat harga umum meningkat secara berterusan.
- Kos sara hidup meningkat menyebabkan masyarakat kurang mampu untuk membeli barang dan perkhidmatan kerana harga barang yang semakin meningkat.
- Seterusnya, taraf kebajikan masyarakat akan terjejas.
Kesan terhadap Tabungan
- Harga barang yang meningkat menyebabkan perbelanjaan penggunaan individu meningkat dan akibatnya tabungan akan berkurangan.
- Masyarakat terpaksa mengeluarkan simpanan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.
- Inflasi menyebabkan nilai wang yang dipegang oleh isi rumah semakin merosot
Kesan terhadap Pendapatan
- Inflasi menyebabkan pendapatan benar masyarakat menurun dengan andaian pendapatan tunai tidak berubah.
- Pendapatan benar ialah jumlah barangan yang mampu dibeli oleh isi rumah dengan pendapatan tunai yang diterima.
- Tingkat harga barang dan perkhidmatan yang semakin meningkat akan mengurangkan kuasa beli pengguna iaitu barangan yang boleh dibeli dengan sejumlah wang yang sama semakin berkurangan.
- Kos sara hidup yang meningkat menyebabkan taraf hidup masyarakat menurun kerana pengguna tidak mampu membeli barang yang diingini untuk memenuhi keperluan atau kehendak.
Kesan terhadap Pengangguran
- Inflasi yang sederhana membawa kesan positif kepada kadar pengangguran.
- Kenaikan harga barang di pasaran akibat inflasi tarikan permintaan menggalakkan firma untuk menambahkan pengeluaran untuk memenuhi lebihan permintaan di pasaran.
- Firma akan meningkatkan penggunaan guna tenaga untuk menambahkan tingkat pengeluaran.
- Hal ini menyebabkan peluang pekerjaan dalam negara akan bertambah dan kadar pengangguran akan menurun dengan inflasi sederhana.
Kesan terhadap Eksport
- Apabila inflasi tolakan kos berlaku, harga barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh firma tempatan akan meningkat kerana kos pengeluaran yang tinggi.
- Harga barang tersebut akan menjadi mahal apabila dieksport ke luar negara berbanding dengan barang yang dikeluarkan oleh negara lain.
- Menyebabkan barang eksport ini kehilangan daya saing di pasaran antarabangsa / nilai eksport berkurang.
- Kesannnya permintaan barangan keluaran tempatan berkurangan dalam pasaran antarabangsa dan pendapaan negara daripada sektor eksport merosot.
Kesan terhadap Kadar Faedah
- Inflasi berlaku apabila terlalu banyak wang mengejar barang yang sedikit dalam pasaran.
- Sebagai langkah untuk mengawal bekalan wang dalam ekonomi, bank pusat akan mengarahkan institusi kewangan untuk meningkatkan kadar faedah yang akan menyebabkan kos pinjaman dan beban hutang peminjam meningkat.
- Masyarakat akan mengurangkan pinjaman yang dibuat dan kesannya penawaran wang dalam ekonomi akan berkurangan.
Rujukan Artikel: CikguFarha
Ikuti blog-blog ini untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan:-
Matematik – Blog Kangaroo Math
Sains – Blog Kancil Science
Komputer Sains – Blog Beaver Computational Thinking
Ekonomi – Blog Kijang Economy