Dalam kehidupan kita, terdapat banyak pilihan yang perlu kita buat setiap harinya. Begitu juga dalam ekonomi, di mana wujud konsep pilihan yang perlu kita lakukan.
Pilihan ini terjadi apabila sumber yang ada terhad dan tidak mencukupi untuk memenuhi semua kehendak kita. Oleh itu, kita perlu memilih di antara beberapa pilihan yang ada.
Oleh itu, individu, firma, dan kerajaan perlu membuat keputusan untuk memilih dari pelbagai alternatif yang ada.
Isi Kandungan
Mengapa Kita Perlu Membuat Pilihan?
Dalam blog post sebelum ini, kita telah membincangkan tentang konsep kekurangan dalam ekonomi.
Jadi, andaikan kita menghadapi masalah kekurangan sumber.
Ini bermaksud, kita perlu membuat pilihan di antara barang dan perkhidmatan yang kita inginkan.
Keputusan pilihan itu dibuat berdasarkan sama ada kita menggunakan sumber untuk kegunaan masa kini atau menyimpannya untuk kegunaan masa depan.
Dalam masa sama, pilihan juga dibuat untuk memaksimumkan kepuasan atau keuntungan.
Contoh Pilihan dalam Ekonomi
Berdasarkan contoh situasi dalam blog lepas. Faze Penjahat ingin membuka dua perniagaan baru iaitu restoran dan kedai buku.
Namun disebabkan modal perniagaannya tidak mencukupi jadi Faze perlu membuat pilihan.
Jadi, Faze boleh membuat pilihan sama ada ingin membuka restoran atau kedai buku untuk memenuhi keperluan semasanya.
Kekurangan yang dihadapi oleh Setiap Unit Ekonomi
1) Individu/Isi rumah
Individu perlu membuat pilihan untuk memaksimumkan kepuasan.
Sebagai contoh, dengan bajet yang terhad, seseorang mungkin perlu memilih sama ada membeli pakaian atau kasut.
Dalam situasi ini, individu tersebut akan menggunakan wangnya untuk membeli barang yang memberikan kepuasan paling tinggi.
2) Firma
Firm perlu membuat pilihan berdasarkan matlamat mereka, iaitu memaksimumkan keuntungan.
Contohnya, sebuah firma boleh memilih sama ada untuk membuka perniagaan baru atau mengambil alih perniagaan yang sedia ada.
3) Kerajaan
Kerajaan perlu membuat pilihan berdasarkan keutamaan untuk memenuhi kebajikan masyarakat.
Contohnya, kerajaan boleh memilih sama ada untuk membina hospital atau taman rekreasi berdasarkan manfaat yang akan diberikan kepada masyarakat oleh setiap kemudahan tersebut.
Akhir Kata
Pilihan adalah konsep penting dalam ekonomi kerana kita perlu membuat keputusan mengenai bagaimana menggunakan sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak kita.
Dalam dunia yang penuh dengan kekurangan sumber, kemampuan untuk membuat pilihan yang bijak adalah penting bagi pembangunan ekonomi dan kehidupan yang lebih baik.
Ikuti blog-blog ini untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan:-
- Matematik – Blog Kangaroo Math
- Sains – Blog Kancil Science
- Komputer Sains – Blog Beaver Computational Thinking
- Ekonomi – Blog Kijang Economy